Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 69)

Kabul (IV...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 69)

Kabul (IV)

Di antara tarikan menarik di Afghanistan adalah makanan Afghan, karpet & batu2 nilam mutiara di samping bentuk muka bumi yang indah. Sepanjang tahun, ia ada empat musim di kawasan2 tertentu. Salji. Bunga. Luruh. Panas. Jarang negeri yang ada 4 musim sepanjang masa. Sebelum Rusia menawan Afghanistan, ia menjadi tempat percutian & berbulan madu ramai orang Eropah.

Saya hanya dapat menikmati makanan Afghan yang enak. Di waktu tengahari, akan cari ruang untuk pergi ke restoran2 exotik. Hati takut tapi nak cuba juga. Setiap restoran di kawal ketat oleh pegawai keselamatan yang digaji oleh pemilik restoran.

Saya memang suka rasa makanan Afghan. Unik sangat. Nasi Palaunya sedap yang dimasak dengan lemak Gee. Rotinya segar. Kebab & manisannya original. Juice perahan delima best sangat.

Saya makan & bersosialisasi dengan rakan2 semeja. Sambil menikmati makanan, hati berdebar2. Apa akan jadi kalau Taliban merempuh masuk melepaskan tembakan? Apa akan jadi kalau Taliban hanya membayar lebih sedikit kepada pegawai keselamatan untuk masuk? Ini kerap berlaku dalam banyak peristiwa berdarah di seluruh Afghanistan. Wang.

Saya & rakan mengambil kesempatan memborong karpet. Banyak yang saya borong. Kualiti amat baik. Harga amat murah. Banyak karpet di rumah saya sekarang Made in Afghanistan. Sewaktu saya terbang ke Dubai dari Kabul dengan 5 keping karpet, saya ditahan oleh pihak kastam di Dubai.

"Awak beli karpet untuk bisnes di Dubai ke?" tanya pegawai kastam.

Saya dah beritahu yang saya pemilik syarikat di DIFC. Bukan saya nak buat bisnes kut. Saya tidak dipercayai. Susah nak lepas.

Akhirnya saya berhujah.

"Tidak masuk akal bagi saya pergi ke Kabul yang mengancam nyawa hanya untuk membeli karpet. Saya ada urusan resmi yang lain di sana."

Kapten tersenyum. Dia lepaskan saya.

Di Kabul juga, saya sempat menziarahi mesjid pertama di sana di tapak yang didirikan oleh seorang Tabi'in yang meninggalkan Madinah ke Kabul.

Memang ikatan Islam & Afghanistan erat & intim. Malangnya, timbul suasana fanatism & ekstrimism dalam beberapa dekad yang lepas. Dari jihad kepada kejumudan. Nanti saya kupas dalam siri Kabul terakhir besok.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts